Tuesday, December 24, 2013

One thing that i regret

December was the month. 23rd was the date. The day I first saw you. The day we first met. I had chance to avoid meeting you that time. But I chose to meet someone that eventually meant meeting you.
We started off as friend, I treasure that. Later we developed feelings we shouldn't.
Without given deep thought, I decide to accept you. THAT is something I deeply regret. However, I never regretted the decision I made to love you. I loved you and treasured you.
It's all gone now, leaving a big scar in my heart. I was deeply hurt and promise myself not to make rush decision ever again.
You thaught me a lot; love, hurt, regret, maturity, self-integrity. I thank you for that. My last wish is for you not to come ever again. Let all happened remains as a very bad dream for me.

Saturday, December 14, 2013

Wanita, lindungi dirimu

Usah sentuh hatinya jika tidak berniat hidup bersama
Usah sentuh dirinya jika tidak mahu jadikan dia yang halal

Wanita itu lemah, mudah mengasihi
Hati wanita itu rapuh, mudah menyayangi
Jika dia dilukai, tiada penawar dapat mengubati,
Hidupnya akan terus dibayangi sesal
Merasa dirinya nista dan hina

Lebih baik tidak dekatinya jika niat mahu mencuba
Insan teraniaya itu sentiasa berdoa
Karma menanti dan doa didengari
Suatu hari kamu rasalah sendiri perit disakiti.

Wednesday, November 13, 2013

Dia Tahu

Benci.
Rindu.
Sakit hati.
Sayang.

Allah, hanya Kau Maha mengetahui
Hanya Kau mengerti

Diamkan aku
Lenakan aku
Hapus semua.

Wednesday, October 30, 2013

Biarkan Kami Tetap Bersama




Sahabatku,
Besar dugaan untukmu,
Beratnya bebananmu,
Tingginya hibamu.

Kamu sangat kuat,
Kamu sangat tabah,
Dan kamu sungguh hebat,

Namun seandainya hadir rasa penat,
Seandainya bertamu lelah,
Seandainya dihimpit kecewa,
Ingatlah bahawa kami ada.

Sentiasa mencuri masa,
Mencari ruang,
Mengambil peluang,
Untuk membahagiakan kamu,
Menceriakan hatimu,
Menguatkan ketabahanmu.

Tabahlah sahabatku,
Sesungguhnya Allah menyayangimu,
Mengasihimu dan mencintaimu,

Dan sesungguhnya Allah juga sedang menguji kami,
Untuk menjadi sahabat yang sejati,
Mengisi ruang hati,
Menjadi pengganti kepada yang telah pergi.


Selagi keikhlasan itu ada, kesetiaan akan tetap bersama




Tuesday, October 29, 2013

Nafas Selangkah

Bismillahirrahmaanirrahiim....

Ini langkah pertamaku,
Mencuba sesuatu yang baru,
Yang dahulu ada dalam impianku,
Yang dahulu aku pendamkan,
Yang dahulu tidak ku hiraukan.

Ini langkah permulaanku,
Mencari arah tuju perjalananku,
Mencipta kisah hidupku,
Menggapai cita-citaku.

Ini adalah mukadimah,
Mungkin menjadi hikmah,
Mungkin menjadi musibah,
Tiada siapa tahu.

Cukuplah masa ini,
Cukuplah ketika ini,
Usah difikirkan nanti,
Cukup masa aku akan berhenti.