Sahabatku,
Besar dugaan untukmu,
Beratnya bebananmu,
Tingginya hibamu.
Kamu sangat kuat,
Kamu sangat tabah,
Dan kamu sungguh hebat,
Namun seandainya hadir rasa penat,
Seandainya bertamu lelah,
Seandainya dihimpit kecewa,
Ingatlah bahawa kami ada.
Sentiasa mencuri masa,
Mencari ruang,
Mengambil peluang,
Untuk membahagiakan kamu,
Menceriakan hatimu,
Menguatkan ketabahanmu.
Tabahlah sahabatku,
Sesungguhnya Allah menyayangimu,
Mengasihimu dan mencintaimu,
Dan sesungguhnya Allah juga sedang menguji kami,
Untuk menjadi sahabat yang sejati,
Mengisi ruang hati,
Menjadi pengganti kepada yang telah pergi.
| Selagi keikhlasan itu ada, kesetiaan akan tetap bersama |
awek ! xth pn ade blog....
ReplyDelete^^
Delete