Wednesday, October 30, 2013

Biarkan Kami Tetap Bersama




Sahabatku,
Besar dugaan untukmu,
Beratnya bebananmu,
Tingginya hibamu.

Kamu sangat kuat,
Kamu sangat tabah,
Dan kamu sungguh hebat,

Namun seandainya hadir rasa penat,
Seandainya bertamu lelah,
Seandainya dihimpit kecewa,
Ingatlah bahawa kami ada.

Sentiasa mencuri masa,
Mencari ruang,
Mengambil peluang,
Untuk membahagiakan kamu,
Menceriakan hatimu,
Menguatkan ketabahanmu.

Tabahlah sahabatku,
Sesungguhnya Allah menyayangimu,
Mengasihimu dan mencintaimu,

Dan sesungguhnya Allah juga sedang menguji kami,
Untuk menjadi sahabat yang sejati,
Mengisi ruang hati,
Menjadi pengganti kepada yang telah pergi.


Selagi keikhlasan itu ada, kesetiaan akan tetap bersama




Tuesday, October 29, 2013

Nafas Selangkah

Bismillahirrahmaanirrahiim....

Ini langkah pertamaku,
Mencuba sesuatu yang baru,
Yang dahulu ada dalam impianku,
Yang dahulu aku pendamkan,
Yang dahulu tidak ku hiraukan.

Ini langkah permulaanku,
Mencari arah tuju perjalananku,
Mencipta kisah hidupku,
Menggapai cita-citaku.

Ini adalah mukadimah,
Mungkin menjadi hikmah,
Mungkin menjadi musibah,
Tiada siapa tahu.

Cukuplah masa ini,
Cukuplah ketika ini,
Usah difikirkan nanti,
Cukup masa aku akan berhenti.