Friday, March 21, 2014

TERIMA KASIH

Ucapan Terima Kasih itu sangat ringkas.
Pendek dan mudah disebut.
Tetapi kadang-kala berat diucapkan.

Tahukah anda ucapan ringkas ini mampu menceriakan hati seseorang.
Kepenatan bekerja hilang seketika dengan ucapan ini.
Kepayahan ibu memasak terbayar jika kita mengucapkan terima kasih.

Tidak perlu tunggu perkara besar dan hebat.
Di mana-mana sahaja kita boleh sebut.
Bayangkan.
Tanpa petugas di belakang kaunter, kita tidak dapat membeli tiket bas atau ktm.
Ucaplah terima kasih.
Tanpa petugas dalam bilik kecil di tengah-tengah lebuhraya, palang tidak akan terbuka.
Ucaplah terima kasih.
Tanpa pelayan yang mengambil pesanan, kita tidak dapat menikmati hidangan makan.
Ucaplah terima kasih.
Pasti mereka akan rasa dihargai dan mendoakan kebaikan untuk anda.

Mudah bukan.
Marilah kita bersama-sama membiasakan diri dengan dua patah perkataan ini.
Insya Allah kita juga akan dihargai.

No comments :

Post a Comment